Ahad, 2010 Januari 24

Al-fatihah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail


Rakyat Johor akan rasa kehilangannya. Ketegasannya dalam kepimpinan dan mengambil berat kebajikan rakyat Johor menyebabkan Almahrum disayangi dan dihormati.

Merafak sembah Daulat Tuanku kepada D.Y.M.M Tuanku Ibrahim Ismail Ibni Almahrum Sultan Iskandar, Sultan yang ke 5 untuk negeri Johor.


Sumber Berita Harian 24.01.2010


Lebih 10,000 rakyat jelata pelbagai kaum dari dalam dan luar negara semalam, mengunjungi Istana Besar di sini, seawal jam 9 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kerana gering malam kelmarin.

Rakyat jelata menyifatkan kemangkatan Almarhum Sultan sebagai perginya Raja berjiwa rakyat yang menyumbang sebahagian hayat bagi memastikan nasib rakyat, terutama yang miskin dan di luar bandar terbela sepenuhnya.


Selasa, 2010 Januari 12

video terbaik...

Ahad, 2010 Januari 10

Cinta dalam Hati


x tahu bersumberkan mana tapi cukup menyayat hati... Dah lama simpan cuma belum dikeluarkan dari simpanan. Menunggu masa yang sesuai tapi masa tersebut x pernah sampai. Akhirnya ia berlalu bagaikan tiada apa yang terjadi:-p

LUV
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya,menyatakan dalam cara yang berbeza, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca.kerana saat bersamamu itu tidak akan
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Kisah cinta tiga segi dalam Kal Ho Naa Ho "Tomorrow may not come"
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tibadia akan mengirimkan SMS
‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. danjauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20)Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21]Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberinya

Ahad, 2009 Disember 27

Berhati2 bila menjemput atau mengundang

Bulan ni ramai yang menghadiri majlis perkahwinan. Sebuah majlis yang diidamkan oleh kedua2 mempelai. Majlis perkahwinan bukanlah untuk bertujuan dan bermegah atau untuk mencukupkan syarat. Ia adalah sebenarnya bertujuan untuk memberitahu dan mengumumkan bahawa anak mereka sudah berpunya dan berkahwin. Secara tidak langsung ia menolak prespektif masyarakat untuk memandang negatif jika perkahwinan itu tidak diberitahu.


Selain itu, majlis persandingan atau perkahwinan ini juga untuk merapatkan hubungan sesama saudara dan rakan2 dan meraikan detik2 kegembiraan bersama2. Sama ada yang menganjurkan majlis, tetamu yang hadir juga akan berasa berbesar hati dan bergembira di atas jemputan yang diberikan.

Adat menjemput orang melayu, kad diberikan tanda pemberitahuan dan dengan rasa sebuah penghargaan diberikan untuk dijemput bersama2 meraikan. Kad yang ditempah dan disiapkan awal seharusnya sudah ada senarai siapa yang harus dijemput dan siapa yang layak menerima kad. Sama ada menjemput itu secara berpasangan atau secara berkeluarga. Walaupun zaman sekarang kad ini boleh didigitalkan seperti emel dan melalui internet. Tapi x semua orang masih menerima.

Cara moden ini masih diterima asalkan penerima dan pengirim tersebut dengan niat yang ikhlas menjemput dan sudi untuk datang. Keseriusan dan tahap berbesar hati untuk menjemput tidak sama dengan diberikan kad secara "hand by hand". Langkah yang terbaik jika tidak dapat memberikan kad sekadar menelefon juga kadangkala mencukupi.

Tapi sama ada kad, emel dan internet atau telefon hendaklah disesuaikan dengan penerimanya. Jika seseorang yang dianggap berpangkat pakcik makcik, saudara mara yang rapat, orang yang dihormati dalam keluarga, orang yang dihormati dalam masyarakat, orang yang jauh lebih tua adalah tidak manis dan tidak sopan jika diberitahu dan menjemput secara sms atau beremel sahaja. Adat budaya kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Cara dan keadaan hendaklah disesuaikan dengan tindakan. Cara macam mana untuk diberikan sama ada pos atau secara direct hendaklah difikirkan.

Mereka yang lebih tua ingin rasa dihargai. Kalau kawan yang selalu berhubung secara internet ini xder masalah jika menjemput juga secara internet (bergantung kepada penerimanya). Keluarga sendiri yang berdekatan hendaklah menjemput bukan daripada orang lain yang tolong menjemputkan. Jika mereka ini tidak dijemput sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati, kecil hati dan memberikan kesan kepada persaudaraan tersebut.

Perkahwinan satu yang mulia. Banyak hikmah yang terkandung di dalamnya. Harap segala tindakan permulaan seperti majlis perkahwinan menjadikan langkah permulaan membina sebuah mahligai perkahwinan yang terus kekal dan bahagia. InsyaALLAH.

Artikel ini ditulis disebabkan sudah berlakunya perkahwinan yang tidak serius dalam menjemput tetamu yang hadir. Bapa saudara dan atuk saudara orang yang rapat dalam keluarga seharusnya ada nilai dan cara untuk menjemputnya.

thanks
apamz

Fifa Online 2 (game yang patut dicuba)


Fifa online 2, game bola sepak yang dikeluarkan oleh EA Sports ini. seharusnya dicuba oleh peminat PES (Pro Evolution Soccer) dan FIFA. Walaupun syarikat dan namanya adalah FIFA tetapi grafik dan kawalannya mirip kepada permainan PES.

Link game ini boleh dilihat di sini...

Apa yang menariknya disini adalah game yang membolehkan kita berlawan dengan orang lain secara online 1 vs 1 atau pun tagteam bersama rakan online kita 2 vs 2. Juga disediakan untuk berlawan dengan komputer untuk meninggikan tahap permainan dan mendapatkan mata.

Sekurang2nya dengan game baru ini memberikan sedikit kelainan kepada game bola sepak yang biasa kita main. Terutama dapat menggantikan PES 2010 yang banyak kelemahan.

Kebaikan
1. Berlawan sesama rakan di Malaysia atau luar negara
2. Menunjukkan skill2 permainan bola yang lama dipendam dan disimpan
3. Kawalan yang mudah dan skill yang menarik. Senang untuk digunakan oleh pemain PES
4. Mudah kepada pengguna baru
5. Download percuma dan tiada sekatan semasa bermain
6. Dapat berlagak bila menang. hehee....

Keburukan
1. Kadang2 hang sikit bila bermain dengan player online luar negara
2. kalau kalah lawan komputer xder repeat2... xde save untuk main balik
3. ada menu dan button yang tidak boleh dipilih kerana ia perlukan untuk kita membeli. tapi tidak menganggu keseluruhan game.
4. lambat sikit untuk masuk dalam game. kerana ia perlu diconnection ke servernya.

Akhir kata memang layanlah. kalau nak battle atau tag team boleh hubungi ak. hehehe...

thanks
apamz